Jumaat, 12 Mac 2010

Yang Benar Tetap Benar

berkata benarlah, walaupun sukar
kerna,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar,
sekalipun ada yang bersikap hambar

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alor dan latar,
ke hutan belukar dan paya terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar yang besar..

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar da kota mekar
di akhbar tersiar juga tv dan radio terpancar,
untuk si miskin yang terlantar
dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tudak dibenar
sekalipun di sanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Benar,
Rasulmu ialah obor sabar
cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar